"Jasadku Belum Tumpah , Misi Ku Terus Berjuang"






Mus bangun Mus kau sekarang berada di misi maka kau harus kuat haru kental dengan segala ujian dari Allah S.W.T kerana di dalam Al-Quran surah Al-Ankabot Allah S.W.T telah berfirman bahawa Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka maka ( dengan ujian demikia ) nyata apa yang Allah ketahui tentang orang-orang yang sebenar-benarnya yang beriman dan nyata pulak Allah ketahui tentang orang-orang yang berdusta

Lalu aku pun bangun untuk meneruskan misi ku dengan sukses agar aku dapat redho Allah dalam memperjuangkan agama Allah dan misi  sukarelawan.

Antara-antara rintangan mus lalui hari ini ialah melalui jalan yang agak sukar ke Kg Sedul, antara jalan yang berliku untuk ke kg sedul ialah mus dan rakan-rakan terpaksa meredah sungai untuk ke Kg Sedul untuk menyampai misi yang telah di amanahkan kepadanya.

Mus dan Rakan-rakan akhir sampai ke destinasi dan mereka di sambut oleh penduduk Kg Sedul mereka sangat ramah dan mudah menerima kehadiran kami, sejujur Mus dan Rakan-rakan agak terkesan dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk Kg Sedul.

Selepas itu Mus dan Rakan-rakan pun di jemput masuk oleh pengerusi surau Kg Sedul untuk berbincang dengan mereka tentang aktiviti yang kami lakukan untuk  kemudian ke esokkan harinya, pendudukan Kg Sedul juga sangat ramah melayani kedatangan Mus dan Rakan-rakan.

Ketika dalam perbincang juga masih ada selintir penduduk Kg Sedul datang untuk berbincang bersama Mus dan Rakan-rakan dan itu juga membawa impak kepada Mus dan Rakan-rakan untuk memulakan program hari esok, oleh kerana semagat yang di tunjuk penduduk kg tersebut memberi semagat untuk meneruskan misi mereka.

Usai selesai perbincangan dengan penduduk Kg Sedul Mus dan Rakan-rakan pulang semula ke tempat penginapan mereka untuk menunaikan kewajipan mereka dan mengisi perut mereka yang sedang kelaparan.

Setelah usai Solat Zuhur dan makan tengah hari Mus dan Rakan-rakan menyambung berjalanan mereka ke Kg muruk akan tetapi langit tak selalunya cerah kadang-kadang badai datang menghampiri begitulah keadaan kami yang tiba di Kg Muruk walaupun berjalanan mereka tidak secabar perjalanan ke Kg Sedul.

Walaupun tidak secabar perjalanan tetapi cabaran kali ini ialah secara mental kami mendapat perkhabaran yang kurang enak di dengar kerana hanya sebilangan keluarga muslim yang berada di Kg Muruk dan itu agak menyukarkan serta agak memberi impak kepada keyakinan Mus dan Rakan-rakan dalam meneruskan misi sukarelawan walau bagaimanapun Mus dan Rakan-rakan harus menguat semangat untuk meneruskan misi sukarelawan.

Seterusnya, Mus dan Rakan-rakan memulakan perbincangan mereka yang diketuai oleh salah seorang EXCO ABIM Sabah untuk membincang bagaimana pergerakan hari esok, usai perbincangan tersebut kedua-dua kg mengambil pada masa yang sama dan kami akan membahagikan kepada dua kumpulan.

Setelah usai, berbincang Mus dan Rakan-rakan di jemput makan yang disediakan oleh pendudukan Kg Muruk begitu sedikit sebanyak kisah-kisah dan cabaran yang kami akang hadapi nanti.

In sha allah kami akan melakukan yang terbaik doa-doakan kami mudahkan urusan kami.

Muhammad Muizzuddin Asyraf bin Nasarudin l 10/02/19 l Pusat Abim Ranau 







Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH