TRAVELOG: KEHIJAUAN TEA
Hari kami bermula pada jam 4:50 pagi, iaitu bangun daripada tidur dan bersiap untuk solat subuh. Waktu solat subuh masuk pada jam 5:11 pagi. Jadinya, masih ada masa untuk kami bersiapkan diri untuk solat. Selepas solat subuh, kami teruskan dengan bacaan Al-Mathurat. Mus adalah orang yang mengetuai bacaan itu. Selepas bacaan Al-Mathurat, kami buat bacaan Al-Quran setiap seorang tiga ayat bergilir-gilir. Kemudian diteruskan dengan tazkirah 30 saat. Kami akan fokuskan pada 1 tajuk, dan kami perlu memberi tazkirah selama 30 saat berpandukan tajuk yang ditetapkan.
Selesai saja, kami teruskan dengan senaman pagi. Senaman pagi kami dimulakan dengan regangan badan. Diketuai oleh Farhana. Selepas regangan badan, kami akan buat sedikit aktiviti2 yang melibatkan pergerakan. Jadi, kami memilih untuk membuat Tarian Orang Bilang.
Selepas kami lakukan senaman pagi, kami semua bersurai dan pergi persiapkan diri untuk pergi melawat ke tempat bersejarah iaitu Quailey's Hill Memorial berdekatan dengan Sabah Tea. Tempat itu tidak beberapa jauh dari tempat penginapan kami. Lebih kurang dalam 3km jauh perjalanan untuk ke sana.
Kami semuanya seramai 9 orang. Kami bergerak ke Quailey's Hill Memorial berjalan kaki. Mula2 kami perlu berjalan melawan arus di atas jalan raya, sehinggalah kami jumpa pintu gerbang masuk ke Sabah Tea. Daripada pintu gerbang itu, lebih kurang kita perlu jalan 2.5km lagi untuk sampai destinasi. Banyak banyak rintangan yang kami perlu tempuh sebelum sampai ke destinasi. Antaranya ialah melalui jambatan, menaiki bukit yang curam, berjalan di atas jalan raya, dan banyak lagi.
Sampai sahaja di destinasi, kami semua sangat kagum akan kehijauan yang dapat kami lihat. Terasa sungguh akan kesegaran udara di sana. Hijau-hijauan itu adalah Tea. Dimana itu merupakan tempat perlancongan yang agak terkenal di Malaysia. Tidak lupa, kami wajib untuk mengambil gambar disana untuk di jadikan kenangan dan untuk membuat report apa bila balik ke semenanjung nanti.
Selesai sahaja bergambar dan melawat-melawat kawasan, kami pulang semula ke tempat penginapan kami. Perjalanan kami itu sememangnya terasa sangat memenatkan, tetapi kepenatan itu berbaloi kami rasakan.
-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-12 Februari 2019-
-11.49 p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-
Selesai saja, kami teruskan dengan senaman pagi. Senaman pagi kami dimulakan dengan regangan badan. Diketuai oleh Farhana. Selepas regangan badan, kami akan buat sedikit aktiviti2 yang melibatkan pergerakan. Jadi, kami memilih untuk membuat Tarian Orang Bilang.
Selepas kami lakukan senaman pagi, kami semua bersurai dan pergi persiapkan diri untuk pergi melawat ke tempat bersejarah iaitu Quailey's Hill Memorial berdekatan dengan Sabah Tea. Tempat itu tidak beberapa jauh dari tempat penginapan kami. Lebih kurang dalam 3km jauh perjalanan untuk ke sana.
Sampai sahaja di destinasi, kami semua sangat kagum akan kehijauan yang dapat kami lihat. Terasa sungguh akan kesegaran udara di sana. Hijau-hijauan itu adalah Tea. Dimana itu merupakan tempat perlancongan yang agak terkenal di Malaysia. Tidak lupa, kami wajib untuk mengambil gambar disana untuk di jadikan kenangan dan untuk membuat report apa bila balik ke semenanjung nanti.
Selesai sahaja bergambar dan melawat-melawat kawasan, kami pulang semula ke tempat penginapan kami. Perjalanan kami itu sememangnya terasa sangat memenatkan, tetapi kepenatan itu berbaloi kami rasakan.
-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-12 Februari 2019-
-11.49 p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-




Comments
Post a Comment