Nikmat Yang kecil Tetapi Indah
Sebelum bergerak pulang ke RPH
Rasa macam baru semalam kami tiba di Pusat ABIM itu, boleh dikatakan banyak juga lah kenangan yang tersimpan di tempat itu. Ini kerana tempat itu adalah tempat yang paling lama kami menginap sebagai tempat berteduh sepanjang kami berada di Sabah. Terima kasih kepada pihak ABIM kerana telah menyediakan tempat yang selesa kepada kami. Setibanya kami di RPH, kami telah berehat untuk menunaikan solat fardhu zohor dan Ustaz Sabri telah mengajak kami untuk datang ke salah sebuah kenduri hari lahir yang beliau juga kena hadir.
Merupakan Tempat Tugu Mat Salleh
Sebaik sahaja kami singgah tugu Mat Salleh di Tambunan, kami pun bergegas datang ke kenduri tersebut. Kami telah di hidangkan dengan lauk utama kenduri itu iaitu ayam. Sudahlah rasanya sejak kami melakukan misi baru kali ini kami dapat menjamah ayam kerana kebiasaannya makanan utama kami hanyalah telur, sardin dan ikan bilis menjadi santapan. Aku berasa bersyukur atas rezeki tersebut seperti baru dapat rasa nikmat itu dan dapat merasa bagaimana orang yang tidak mampu untuk berlaukan ayam menjadi santapan mereka setiap hari.
Tidak cukup dengan itu, dengan rezeki yang melimpah ruah, waktu malam juga kami semua dapat menjamah ayam yang dikenali sebagai sayap ayam. Makanan tersebut adalah makanan yang sangat terkenal di kalangan penduduk setempat. Sekali lagi aku dapat merasai nikmat tersebut, ini bermakna satu hari aku dan rakan-rakan yang lain menjamah ayam. Begitu besar rezeki Allah, begitu manis juga di sebalik rahsia rezeki yang datang. Ini kerana kami tidak sangka dapat makan ayam sehari suntuk dan hanya takdir yang menentukan kerana perancangan Allah itu indah.
Walaupun nikmat itu jika dilihat merupakan satu nikmat yang kecil tetapi tidak semua insan bernasib baik dapat nikmat seperti itu dan kadangkala sampai ada yang teringin untuk mendapatkannya. Kami juga sengaja hanya makan telur, sardin dan ikan bilis sepanjang misi berjalan di kampung-kampung tersebut, ini kerana kami mahu melatih dan sentiasa beringat bahawa ada yang menjalani kehidupan yang lagi teruk dari apa yang kami rasakan.
NAZIFAH BINTI NAZRI
17 FEBRUARI 2019
5:42P.M
PERPUSTAKAAN UMS


Comments
Post a Comment