2 jam

2 jam

Aduh lamanya aku berguman ketika menunggu modul di fotostat....

Ianya bermula apabila aku dan rakan-rakan ku pergi ke kedai fotostat di Pekan Ranau, Sabah untuk menfotostat modul yang aku dan rakan-rakan ku akan ajarkan nanti di daerah Kampung Luanti.

Aku dan rakan-rakan ku yang lain bergerak dari Rumah Putera Harapan (RPH) dalam pukul 9 pagi, perjalanan ke Pekan Ranau, Sabah mengambil masa dalam 5 minit sahaja dari tempat menginapan kami iaitu RPH.

Selepas sampai di sana kami di Pekan Ranau, Sabah pemandu Van itu sendiri membantu kami mencari kedai fotostat oleh kerana dia juga adalah salah seorang yang membantu kami di misi Turdah Sabah 6.0 ni selain itu, beliau juga memang menetap di Sabah dan di lahirkan di Sabah dan beliau juga salah seorang yang menjaga RPH, itu memberikan kami kelebihan bagi mencari kedai fotostat itu dengan cepat.

Sesampainya di kedai fotostat yang pertama mempunyai masalah dengan mesin fotostat yang mempunyai beberapa masalah, lalu kami pun mencari kedai yang fotostat yang kedua dan akhirnya kami menjumpainya.

Apabila kami sampai di kedai yang kedua juga menpunyai masalah yang sama kerana mesin di kedai kedua, adakah ini suatu kebetulan dan syukur alhamdulillah di kedai kedua itu mesin fotostat yang masih elok akan tetapi mesin itu adalah punca atau asbab kami terkantas selama 2 jam kerana mesin itu adalah mesin fotostat yang biasa.

Apa yang kami jangkakan adalah salah kerana kami fikir akan bergerak dengan cepat agar kami dapat bergergas terus ke Kampung Luanti, tetapi kami terpaksa menunggu selama 2 jam kerana mesin tersebut, sebelum itu juga ada beberapa rakan kami yang lain tidak mengikuti kami kerana jangkaan kami itu.

Ketika kami menunggu di kedai fotostat tersebut ada beberapa kejadian yang menarik perhatian dan boleh di jadikan pengajaran walaupun tidak banyak.

Kejadian tersebut berlaku kepada salah seorang rakan kami ketika kami menunggu di kedai tersebut ada seorang lelaki mereka sedang berkaroke kerana di kedai fotostat itu mempunyai servise karoke satu seringgit, 30 minit Rm 10 dan 1 jam Rm 20.

Lelaki tersebut memandang kepada salah satu rakan kami dengan padangan yang agak pelik, oleh kerana padangan lelaki tersebut terlalu seram maka rakan kami itu pergi mengadu kepada kami tentang lelaki tersebut kerana pandangannya itu.

Selang beberapa minit lelaki tersebut keluat lalu melintasi beberapa rakan-rakan kami dam akhir dia berhenti di sebelah aku, dan selepas itu dia pun bersuara yang kami tidak berapa paham dan akhirnya baru kami sedar bahawa lelaki tersebut adalah seorang OKU disini dapat aku simpulkan bahawa jangan pandang orang serong kerana dia telah membuat sesuatu kepada kita walaupun perkara tersebut mungkin tidak menyenangkan kita.

Dan akhir menantian kami pun berakhir kerana selesai sudah modul yang kami fotostat itu. Sekian dari saya


Yang benar
Muizzuddin Asyraf
RPH


Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH