BERITA : LATIHAN MISI PENDIDIKAN




ROHINGYA EDUCATION CENTER, 2 NOVEMBER 2018 - Beberapa pelajar Unisel Bestari Jaya iaitu seramai 9 orang telah bersama-sama melakukan program latihan pendidikan di sekolah yang terdiri daripada kalangan orang Rohingya di Gombak. Dimana pelajar Unisel tersebut majoritinya adalah merupakan pelajar yang belajar dalam bidang pendidikan dan mempunyai sedikit sebanyak  mengenai kemahiran menjadi pendidik. Perjalanan pelajar Unisel daripada kolej ke tempat destinasi mengambil kira-kira dalam masa satu jam iaitu bertolak pada pukul 7:30 a.m dan tiba di Gombak pada pukul 8:30 a.m. Program pengajaran telah bermula pada  pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengahari dan perjalanan aktiviti program telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
               Program ini bertujuan adalah untuk melatih pelajar Unisel untuk menjadi pendidik diluar sana dan mengasah bakat dalam mengajar kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang bukan bumiputera. Disamping melatih sukarelawan yang terlibat dengan program 'Turun Ke Desa Sabah' yang dilakukan pada februari tahun hadapan, dimana program TURDA ini adalah berobjektifkan melakukan misi pendidikan di Sabah iaitu sesuai dengan program REC Gombak ini. Seramai 5 orang sukarelawan yang terlibat dengan misi TURDA Sabah telah terlibat dengan latihan pendidikan ini, iaitu diantaranya ialah Masitah, Nazifah, Farhana, Nadirah dan Yasmin.
          Pelbagai manfaat yang telah didapati dalam program ini antaranya ialah mendapat pengalaman baru dan perkara baru yang telah kami pelajari daripada program ini, sebagai contoh menangani masalah pelajar yang aktif didalam kelas, cara mengawal emosi dalam berhadapan dengan kanak-kanak yang memberikan cabaran kepada guru dan belajar sabar dalam apa jua keadaan yang dihadapi. Program ini juga sedikit sebanyak telah memberi gambaran atau pendedahan kepada sukarelawan yang akan menjalankan misi ke Sabah nanti.





-Nazifah Binti Nazri-
3  November 2018
Bukit Kapar, Klang

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH