PUISI : SUKARELAWAN

SUKARELAWAN 


Langkahmu yang kecil diiringi semangat juang yang tinggi, 
Menelusuri hingga ke seberang sana menghulur bantuan kepada yang memerlukan
Istiqamah dan yakin menjadi pegangan hidup
Terus melaksanakan misi tanpa mengira apa jua cabaran
Kerna keyakinan yang utuh dengan ketentuan ilahi.
Keikhlasan hati sifatmu yang terpuji
mengerah tenaga tanpa mengharap balasan
Kau lakukan kerana Sang Pencipta
 menjadi teladan buat masyarakat juga generasi hadapan.
Salam hormat buatmu yang bergelar sukarelawan.



NUKILAN ;
SI KECIL
5 OKTOBER 2018
BESTARI JAYA .

Comments

Popular posts from this blog

PUISI : Kerjasama Berpasukan

PUISI #6 : Guru, Pahlawan Pendidikan

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..