TRAVELOG: Visual Lebih Menarik

Hari pertama induksi kami dimulakan pada 6 September 2018, jam 8.30 pagi di Perpustakaan UNISEL Bestari Jaya. Di keheningan pagi, ku gagahi jua untuk terus melangkah mencari ilmu. Usai bersarapan pada jam 10.30 pagi, kami teruskan perjalanan ke Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET).

Slot pertama iaitu slot media dikendalikan oleh Fasi Amin Shah. Keterujaanku bercambah apabila kami diberikan tugasan dan mempelajari teknik-teknik untuk menjadi seorang fotografi dan videografi yang professional. Tugasan yang kami perlu selesaikan adalah untuk mengambil gambar photogroup, discussion, activities, formal dan informal.

Contoh fotografi: Aktiviti


Kumpulanku iaitu Misi TURDA Sabah 6.0 menjalankan tugas ini dengan penuh kesungguhan. Angin sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman membuatkan kami bertambah semangat untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Aku melihat kehijauan alam di sekelilingku. Sempat aku merakamkan keindahan itu melalui telefon bimbiti lalu ku selitkan di dalam tugasan yang diberikan. Sinematografi yang ku rakamkan terlihat lucu kerana maklumlah orang baru hendak belajar.

Contoh videografi: Sinematografi

Aku juga merakamkan tugasan khas untuk sesi temu bual dan liputan khas. Aku sungguh terharu apabila melihat sahabat seperjuanganku memberikan sepenuh komitmen sepanjang tugasan walaupun beberapa kali perlu diulang semula. Tapi mereka tetap tidak berputus asa untuk memcuba. Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang telah aku pelajari sepanjang slot itu.

Contoh videografi: Temu Bual


 Team Misi Sukarelawan Darul Ehsan TURDA 6.0


Disediakan oleh,
Nur Nadirah Binti Hamdan, COMNET Unisel Bestari Jaya, 7/9/2018.




Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung