Travelog: Day 2



Pada pagi yang indah, angin dingin meniup, kami menuju ke perpustakaan dengan berjalan kaki sambil berzikir. Sesampainya kami di Perpustakaan Unisel Bestari Jaya, kami masuk ke dalam bilik ‘Lecture Room 2’ untuk meneruskan Program Induksi Sukarelawan Antarabangsa. Kami mulakan program dengan umul kitab al-fatihah dan diteruskan dengan bengkel media. Di bengkel media, kami diajar bagaimana untuk mengambil gambar dan video dengan baik dan jelas untuk dijadikan bukti di dalam majalah buku nanti. Selain itu, kami melakukan aktiviti yang dipanggil pidato. Kami diarahkan untuk memilih satu ‘power word’ yang berlainan antara setiap peserta. Masa diberikan kepada kami selama 1 minit untuk melakukan pidato berdasarkan ‘power word’ peserta lain. Setelah selesai berpidato, Encik Azmi pula memberi sedikit sebanyak ilmu tentang perkara-perkara yang tidak patut kita lakukan semasa misi. Contohnya seperti tidak membiarkan ahli lain melakukan kerja kita, tidak sombong, tidak menghormati orang lain dan banyak lagi perkara-perkara yang kita patut elakkan semasa misi. Kemuncak hari, kami disajikan dengan makanan tengah hari yang dimasak oleh kakak-kakak fasi. Lauk yang ringkas tetapi dapat menambat selera kami. Nasi putih berlaukkan sambal tempe, telur dadar dan kicap sudah memadai bagi kami. Kemudian kami meneruskan bengkel dengan slot-slot yang telah disediakan. Kami akhiri hari kami dengan posmoterm serta kesan dan pesan untuk peserta-peserta misi lain. Posmoterm ini secara ringkasnya ialah ringkasan tentang aktiviti seharian kami dan pengajaran yang kami pelajari selama seharian Program Induksi Sukarelawan Antarabangsa. Setelah itu kami pulang ke kolej kediaman berjalan kaki sambil berzikir seperti yang dipesan oleh fasi-fasi dan Encik Izwan Suhadak. 

Disediakan oleh:
Nurul Shahira Binti Jamaludin

Penulis adalah sukarelawan misi TURDA SABAH 6.0 2018 merupakan mahasiswa semester pertama Fakulti Perakaunan dan Perniagaan

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH