Travelog (Aktiviti di hari pertama)
UNISEL BESTARI JAYA, 3 SEPTEMBER 2018 – Induksi misi Sukarelawan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar UNISEL Bestari Jaya dan Shah Alam berjumlah 27 orang. Seramai 5 orang fasilitator telah turut bersama untuk menyampaikan teknik-teknik untuk persediaan ke misi. En Izwan Suhadak bin Ishak ialah sebagai penasihat grup Sukarelawan Darul Ehsan. Beliau menyampaikan slot utama IMISU. IMISU dijalankan di Perpustakaan Unisel Bestari Jaya. Slot kerohanian pula dijalankan di Masjid Unisel Bestari Jaya. IMISU dijalankan selama 3 hari 2 malam. Kediaman para peserta yang bakal ke misi ialah di Kolej Kediaman Siswa dan Siswi.
Program ini dimulakan dengan penerangan tentang kehidupan. Semasa program dijalankan, setiap peserta diminta berada dalam kumpulan mengikut misi yang akan dipergi. Kumpulan untuk memudahkan peserta untuk membincangkan tentang persiapan dan melakukan kertas kerja. Setiap ahli perlu mendapatkan dana secara individu sebanyak RM1000 setiap seorang.
Pada jam 1:30 tengahari, peserta-peserta Islam perlu pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zuhur. Selepas selesai solat zuhur, program diteruskan dengan makan tengahari. Kemudian, peserta-peserta perlu masuk semula ke bilik mesyuarat di dalam Perpustakaan Unisel Bestari Jaya. Selepas itu, peserta dilanjutkan dengan aktiviti untuk meningkatkan self-confident di jambatan di tengah Perpustakaan.
Pada jam 4:30 petang, kami pergi ke masjid untuk solat fardhu asar. Selepas itu, kami meneruskan program di dalam bilik mesyuarat. Program diteruskan dengan teknik-teknik untuk perbuatan yang kami akan buat di misi nanti.
Pada jam 7:00 petang, kami ke masjid untuk makan malam dan bersedia untuk solat fardhu maghrib. Habis sahaja makan malam, kami teruskan dengan solat maghrib. Kemudian kami kembali semula ke bilik mesyuarat untuk teruskan sesi pelajaran.
Pada jam 8:30 malam, kami semua perlu keluar dari Perpustakaan. Ini kerana perpustakaan tutup pada jam 9:00 malam. Kemudian kami pergi ke Masjid Unisel. Kami berkumpul dia sekitar masjid untuk meneruskan slot postmoterm dan menunaikan solat fardhu isyak. Slot postmoterm, kami di minta memberikan kesan dan pesan daripada apa yang dipelajari pada hari itu. Pada jam 10.30pm, kami boleh pulang ke hostel untuk berehat.
-Muhammad Hassan Hazim-
UNISEL Bestari Jaya
4 September 2018

Comments
Post a Comment