TRAVELOG : SUCIKAN HATI DAN MINDA



" SUCIKAN HATI DAN MINDA "

Semangatku membara untuk keluar mencari ilmu di awal pagi. Hujan lebat yang turun membasahi bumi kuredahi jua dengan mata yang layu kerana tidak tidur semalaman. 

Program dinamakan Induksi Misi Sukarelawan (IMISU), slot dimulai dengan aspek kerohanian yang disampaikan oleh Encik Izwan Suhadak bin Ishak, penasihat grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER).

Siapa diri anda? Di manakah diri? Begitulah persoalan yang diutarakan. Bagaimana kita menggunakan akal dan hati untuk berfikir dan berzikir turut dibincangkan. 

Aktiviti diteruskan dengan klasifikasi maksud dan penggunaan bahasa. Bahasa didefinisikan sebagai satu sistem tanda yang memberi makna.

Para sukarelawan diingatkan untuk berzikir sebanyak 7000 kali sehari. Kaedah ini digunakan sebagai salah satu cara untuk membuatkan hati jadi lebih tenang.

MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
06 September 2018
Perpustakaan Unisel Bestari Jaya.


Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH