TRAVELOG : REZEKI Yakinlah rezeki itu jaminan Allah. Jangan sangka rezeki itu hanya terletak pada kewangan sahaja dan ramai yang tersalah tafsir akan konsep rezeki. Kini, majoriti individu menganggap rezeki diukur berdasarkan wang ringgit juga harta. Dan, individu yang kaya dengan harta benda dianggap paling banyak dilimpahi rezeki. Walhal sebenarnya, rezeki merangkumi banyak hal dan setiap manusia di muka bumi ini memiliki rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Akan tetapi, bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih. "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq Ayat 2-3) Rezeki juga boleh merangkumi kesihatan, jodoh, zuriat bahkan diberikan dugaan juga tergolo...
Comments
Post a Comment