PENGKHIANAT MUKA MERAH ITU SUKARELAWAN




      Bermula langkahku dengan satu tujuan untuk mencari identiti diri. Tidakku tahu apa yang diri ini mahukan sebenarnya. Pencerahan demi pencerahan di lontarkan kepadaku untuk aku memahami diri ini. Hampir setiap hari aku memikirkan siapakah aku?
       Akhirnya kutemukan jawapannya setelah  mengikuti program yang dianjurkan di universiti di bawah kelab Sukarelawan Darul Ehsan(DE VOLUNTEER). Aku tertarik dengan kelab tersebut kerana dapat ke Luar Negara. Aku gembira tidak keruan setelah mendengar dapat ke luar negara.Bak kata pepatah seperti Kera Mendapat Bunga.
       Setelah hampir sebulan lebih menjadi ahli kelab tersebut,aku diberikan kelebihan menjadi sebahagian daripada pimpinan. Semangat bertambah berkobar-kobar ibarat Obor api yang menyala sangat marak. Siapa tidak suka bila orang nampak prestasi kita dan percaya kan kita.
        Dan akhirnya,aku mengikuti program induksi(IMISU) yang bertujuan memberi persediaan kepada sukarelawan sebelum ke misi luar negara. Program ini berjalan selama 3 hari 2 malam. Hari kedua hari yang kelakar sangat bagiku kerana pada masa itu wujud pengkhianat. Hahaha
        Malam itu, beberapa pengkhianat telah dipilih untuk tampil kehadapan atas persetujuan semua ahli. Mereka dipilih sebagai pengkhianat sampaikan seorang gadis yang ketika itu mukanya merah menyala dan dituduh sebagai pengkhianat.Persoalannya benarkah gadis itu pengkhianat?Dan siapakah gadis itu?


NURFARHANA NAJWA BT YUSRI,
08 SEPTEMBER 2018,
PUSAT SUKAN,UNISEL BESTARI JAYA.


Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH