Pagi yang hening mengoles mataku
untuk terus melayari mimpi
Namun
Ada perjuangan yang harus aku teruskan
Mampukah aku meneruskan perjuangan yang diamanahkan?
Siti Nazihah binti Zulkifli 5 September 2017 Masjid Unisel
ILMU... ILMU... ILMU... Ilmu ! Ibarat warna warni kehidupan Dunia akan gelap tanpa ilmu Apa yang kau boleh buat tanpa ilmu.. Ilmu ! Menuntut ilmu bukanlah satu permainan Menuntut ilmu juga adalah satu kewajipan Menuntut ilmu biar sampai ke akhir hayat Menuntut ilmu jangan sampai jemu Menuntutlah sebanyak banyaknya.. Nukilan Aimi Nadhirah Bt Norhisham 13 Februari 2019
TRAVELOG : REZEKI Yakinlah rezeki itu jaminan Allah. Jangan sangka rezeki itu hanya terletak pada kewangan sahaja dan ramai yang tersalah tafsir akan konsep rezeki. Kini, majoriti individu menganggap rezeki diukur berdasarkan wang ringgit juga harta. Dan, individu yang kaya dengan harta benda dianggap paling banyak dilimpahi rezeki. Walhal sebenarnya, rezeki merangkumi banyak hal dan setiap manusia di muka bumi ini memiliki rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Akan tetapi, bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih. "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya." (Surah At-Talaq Ayat 2-3) Rezeki juga boleh merangkumi kesihatan, jodoh, zuriat bahkan diberikan dugaan juga tergolo...
Hari ini, 3 September 2018 bermulanya hari pertama bagi Induksi Misi Sukarelawan (IMISU). Aku bersama rakan-rakanku yang menetap di Asrama Unisel Shah Alam (AUSA) bergerak seawal 5 pagi dari Shah Alam ke Unisel Bestari Jaya. Langit yang cukup gelap kami redahi untuk ke destinasi yang dituju. Tidak banyak kendaraan yang ada ketika itu. Kami bergerak secara serentak supaya tiada masalah yang akan hadapi oleh sesuatu pihak. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijingjing. Kami selamat tiba di Unisel Bestari Jaya (BJ) seawal 6 pagi. Rakan saya iaitu Hassan telah menghubungi individu yang menguruskan tentang perihal penginapan kami selama 3 hari 2 malam di sini. Setelah itu, kami dibenarkan untuk memasuki hostel yang telah disediakan oleh pihak unisel. Pada pukul 8:30 pagi, kami berkumpul di Dewan Kompleks Sukan di bilik Comnet. Kami telah mendaftarkan diri dan telah membayar yuran sebanyak RM10. Kemudian kami bergerak ke gelanggang untuk melakukan sedikit regangan ...
Comments
Post a Comment