IMISU (3 September 2018)
BESTARI JAYA,3 SEPTEMBER 2018-Peserta Sukarelawan Unisel seramai 23 orang dan tujuh orang fasilitator serta dipimpin oleh penasihat Kelab Sukarelawan Darul Ehsan iaitu Encik Izwan Suhadak telah menyertai Induksi Misi Sukarelawan (IMISU) yang dijalankan selama tiga hari.IMISU diadakan di sekitar kawan Unisel Bestari Jaya iaitu dia Comnet,Perpustakaan Unisel, dan Masjid Unisel.
IMISU ini dijalankan bagi melatih peserta yang akan menjalankan misi di dalam dan luar negara. Induksi ini memberi pencerahan kepada peserta bagi mempersiapkan diri untuk berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan misi sama ada berinteraksi bersama ahli kumpulan atau masyarakat tempatan di kawasan misi dijalankan.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk peserta misi sepanjang IMISU ini seperti pencerahan tentang makna kehidupan (mind setting)oleh Encik Izwan Suhadak supaya para peserta misi lebih jelas tentang matlamat kehidupan dan bagi menguatkan mental dan rohani mereka. Selain itu, fasilitator telah memberi tugasan kepada setiap kumpulan misi untuk membuat kajian tentang kawasan yang bakal mereka lawati agar mereka bersedia tentang budaya dan agama serta lebih mengetahui cara untuk mendekati penduduk tempatan. Encik Izwan juga telah mengajar para peserta IMISU cara-cara berkomunikasi dengan betul dan bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik.
Aktiviti terakhir pada akhir tersebut di tutup dengan kesimpulan oleh setiap peserta dan pesan oleh salah seorang fasilitator iaitu Nurul Hidayah Mesari, Tokoh Siswi telah berpesan kepada semua peserta misi untuk mempersiapkan diri dan tidak mudah berputus asa.
-Siti Nazihah binti Zulkifli

Comments
Post a Comment