TAKLIMAT INDUKSI MISI SUKARELAWAN (IMISU)


UNISEL Bestari Jaya, 3 September 2018 - Encik Izwan Suhadak Bin Ishak, Penasihat Persatuan De Volunteer telah menyampaikan sesi utama bagi Induksi Misi Sukarelawan Antarabangsa (IMISU). Seramai 27 mahasiswa/siswi telah melibatkan diri dalam program IMISU ini. 27 orang mahasiswa/siswi tersebut adalah gabungan daripada pelajar Unisel Shah Alam & Unisel Bestari Jaya. Terdapat 5 orang fasilitator yang juga merupakan ketua misi turut hadir bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk melatih para peserta dari segi fizikal dan mental sebelum berangkat ke misi masing-masing.

IMISU ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu 3 September 2018- 5 September 2018. Program ini bermula dengan sesi pencerahan oleh Encik Izwan tentang makna kehidupan (mind setting) diikuti dengan bengkel-bengkel latihan seperti cara berkomunikasi secara profesional.

gambar tersebut adalah Encik Izwan (dibahagian tengah) dan sebahagian daripada peserta IMISU


"Ilmu ialah ketibaan makna kepada diri dan diri kepada makna.", pesan Encik Izwan kepada peserta IMISU


Dilaporkan oleh Abdul Hafizuddin Bin Abdul Hashim
**Penulis adalah sukarelawan Misi TURDA Sabah 6.0 2018. Mahasiswa tersebut ialah Semester 1

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH