Coretan Sukarelawan




            Di pagi yang hening disinari mentari pagi, setelah fajar menerangi bumi. Semangat berkobar-kobar meneruskan perjuangan yang baru menjadi permulaan untuk hadir ke slot yang seterusnya semasa hari Induksi Misi Sukarelawan, bak pepatah yang dipetik dari laman sesawang 'Fortune Favors The Bold' iaitu siapa yang berani kejar apa yang dimahukan lebih berjayaberbanding siapa yang cuba untuk hidup selamat. Ayat ini telah menyebabkan aku ingin mengejar impian untuk berjuang dalam misi ini sehingga berjaya.  
           Induksi telah diteruskan dengan program pagi itu dengan slot penulisan. Slot ini telah memberikan banyak ilmu yang perlu ditimba dan manfaat yang dapat diperolehi seperti menghasilkan travelog, berita dan puisi.
            Pelajaran yang pertama dalam slot ini ialah menulis berita iaitu kami telah belajar cara menulis berita dengan betul mengikut format yang telah ditetapkan.
            Pelajaran yang kedua adalah menulis travelog, dimana penulisan ini telah mendedahkan kami kepada travelog yang pertama kalinya aku telah belajar untuk diamalkan semasa melakukan misi. Pelajaran ini merupakan satu ilmu baru yang aku terima kerana seumur hidupku tidak pernah mengenali atau menulis travelog.
            Pelajaran yang ketiga ialah menulis puisi. Jujur aku katakan puisi adalah sesuatu yang luar dari kemampuanku, namun aku telah mencabar diriku sendiri di saat slot ini diadakan semasa di minta untuk mereka puisi sendiri dan akhirnya aku berjaya seperti ahli misi yang lain malah ideaku terasa mencurah-curah bagai air terjun yang mengalir mengikut arusnya. 


NAZIFAH BINTI NAZRI
8 SEPTEMBER 2018
PUSAT SUKAN, BESTARI JAYA

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH