CATATAN HARIAN

Hari: Isnin (3 SEPTEMBER 2018)
Masa: 8:00 pagi – 10:30 malam
Tempat: Unisel Bestari Jaya
Pada seawal jam 5:00 pagi, kami telah bertolak dari Asrama Unisel Shah Alam (AUSA) ke Unisel Bestari Jaya (BJ) untuk mengikuti program Induksi Misi Sukarelawan (IMISU). Kami telah selamat tiba ke destinasi dengan selamat pada pukul 6:00 pagi. Alhamdulilah perjalanan kami berjalan dengan lancar.
Setelah tiba, Hassan telah menghubungi Abang Zaini untuk mendapatkan kunci rumah. Akan tetapi, rakan kami telah tiba ke destinasi sehari awal dan dia telah berada di bilik. Pada pukul 8:30 pagi, kami diminta untuk berkumpu di Kompleks Sukan COMNET di Unisel BJ. Setelah tiba, kami perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar infaq sebanyak RM10. Setelah itu, kami diarahkan untuk bergerak ke gelanggang untuk melakukan regangan pagi bagi mencerdaskan minda pada pagi itu.
Kemudian kami bergerak ke Perpustakaan Unisel BJ untuk meneruskan program. Program yang pertama telah di bombing oleh Encik Izwan Suhadak Bin Ishak (Cik Su). Beliau telah menyampaikan maksud ILMU. ILMU ialah ketibaan makna kepada diri dan diri pergi kepada makna. Cik Su juga telah mendedahkan kami dengan cara mengenali diri kami dengan lebih dekat. Beliau juga telah menyatakan maksud Bahasa. BAHASA ialah satu system tanda yag memberi makna.



Hari : Selasa (4 SEPTEMBER 2018)
Masa : 8:30 pagi – 10:30 malam
Tempat : Perpustakaan Unisel BJ
Kami terus bergerak ke LR2 (lecture room 2) untuk meneruskan program. Kak Azliyana telah mendedahkan kepada kami tentang ilmu fotografi dan videografi. Selepas penerangan disampaikan kami diminta untuk membuat sebuah video untuk menguji tahap kemahiran kami. Kemudian kami diajar untuk membuat berita, artikel & travelog. Kami juga diarahkan untuk membuat sampul untuk aktiviti posto. Kami juga didedahkan dengan cara membuat data profil. Kemudian Cik Su telah menunjukkan contoh surat tajaan dan formatnya. Beliau juga telah mendedahkan kepada kami tentang dosa-dosa besar sukarelawan. Sebagai contoh, ketawa terbahak-bahak, tidak menghormati dan menggangu orang lain. Kemudian, kami telah didedhkan dengan cara membuat kertas kerja dengan terperinci.



Hari : Rabu (5 SEPTEMBER 2018)
Masa : 5:30 pagi – KINI
Tempat : Perpustakaan Unisel BJ
Semua pelajar Islam telah bergerak ke Masjid Unisel BJ untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Kemudian, kami telah membaca al-Mathurat secara beramai-ramai. Kemudian kami melakukan tadabur Al-Quran bagi setiao seorang. Kemudian kami telah diarahkan untuk menyatakan tazkirah masing-masing selama 30 saat bagi setiap individu. Seterusnya kami telah diarahkan untuk berpecah kepada 3 kumpulan. Kemudian kami perlu mengadakan permainan bagi setiap kumpulan. Setelah selesai program, kami terus bergerak ke bilik LR2 (Lecture Room 2), mereka telah memberi masa untuk kami menyelesaikan semua tugasan yang belum dapat diselesaikan. Pada pukul 2:05 petang, kami turun ke Masjid untuk menikmati makan tengahari dan solat Zoh

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH