CABARAN DEMI CABARAN
Pada pagi Selasa tanggal 4 September 2018, suasana di Unisel Bestari Jaya terasa angin sepoi sepoi bahasa. Jam menunjukkan tepat 8:30 pagi, para peserta kelihatan sungguh bersemangat dari biasa. Terlihat senyuman yang amat manis terukir di wajah mereka. Walaupun tiada siapa yang tahu apa yang mereka akan hadapi pada hari ini, mereka tetap kelihatan ceria dan bersedia.
Sebagai tanda permulaan program, ia dimulakan dengan Ummul kitab Al-Fatihah yang dipimpin oleh salah seorang fasilitator iaitu kak Nurul Hidayah Binti Mesari atau dikenali sebagai kak Hidayah. Seterusnya kak Azliyana Azmi atau dikenali sebagai kak Yana telah menerangkan mengenai fotografi dan videografi. Kak Yana telah menerangkan cara pengambilan gambar yang perlu ada dalam diri kita. Sebagai contoh, pencahayaan di dalam sesuatu gambar itu amat penting agar kita dapat melihat gambar tersebut dengan jelas dan kita dapat merasakan pergerakan gambar tersebut. Hal ini penting kerana gambar yang telah di ambil akan di jadikan sebagai "photobook". "Photobook" ini bertujuan untuk memperlihatkan kepada orang lain tentang gambar-gambar yang telah di ambil semasa misi dijalankan. Untuk videografi pula, kami telah ditugaskan untuk menyediakan sebuah video pendek mengenai aktiviti yang telah dilakukan.
Kemudian, kak Hidayah telah memberi penerangan tentang cara-cara merangka catatan harian, berita dan puisi. Di dalam penulisan berita, kita perlu menggunakan formula "4 wives 1 husband" iaitu:
- Who?
- When?
- Why?
- Where?
- How?
Bagi puisi pula,kami dikehendaki untuk menyediakan sebuah puisi yang ringkas untuk para fasilitator melihat dan menilai. Saya rasa amat gementar kerana risau akan nama saya dipanggil untuk membaca puisi di hadapan semua peserta. Akan tetapi, secara tiba-tiba, kak Hidayah telah menyebut namaku untuk membaca puisi yang telah ku puitis kan. Aku tetap berani dan melawan ketakutan ku dengan yakin akan diriku bahawa aku boleh membuatnya dengan baik walaupun aku tahu aku tidak tahu menahun berkenaan puisi. Puisi ku bertajuk "Semangat" telah ku lontarkan dengan penuh berkeyakinan dan lantang. Selepas itu, kami dibenarkan keluar untuk menunaikan solat Dhuha di surau perpustakaan tingkat 2.
Kemudian, kami diarahkan untuk berkumpul di luar pintu masuk perpustakaan yang luas lagi bersih untuk kami menjamu selera sarapan yang telah disediakan. Makanan yang disediakan ialah roti yang berisi telur dan sos yang melimpah membuatkan semua terliur melihat makanan tersebut. Air yang mereka sediakan ialah teh o panas yang lazat dan tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit.
Setelah selesai sarapan, kami berkumpul di LR2 atau "Lecture Room 2" dimana itu ialah lokasi yang kami lakukan sejak hari pertama induksi berjalan. Para peserta diminta untuk mengemaskini semua media sosial yang telah dicipta bagi misi masing-masing
Pada jam 1:30 tengahari, semua peserta Islam diminta untuk ke masjid Unisel bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan kewajiban seorang Muslimin & Muslimat, kami disajikan dengan makanan tengahari yang cukup lazat. Makanan tersebut ialah nasi putih, sup sayur, telur dadar dan tempe. Kami makan secara berjemaah iaitu dengan makan menggunakan talam yang besar dan dikehendaki berkongsi makanan. Makanan tersebut membuatkan ku terliur apabila melihatnya dan membayangnya.
Setelah selesai makan, peserta dikhendaki bergerak ke lokasi LR2 untuk meneruskan program. Bagi sesi seterusnya, Encik Izwan Suhadak, Penasihat De Volunteer telah melihat akan karya untuk tugasan videografi yang telah kami lakukan sebelum ini. Encik Suhadak telah memberi komen yang positif dan membina tentang tugasan yang telah dilakukan oleh saya. Hal ini dapat saya baiki agar dapat melakukan tugasan tersebut dengan lebih sempurna. Selepas itu, kami telah diarahkan untuk bermain permainan yang bernama "boom". Permainan ini bertujuan untuk memperlihat tahap kecekapan seseorang.
Seterusnya, kami diajar cara berpidato dengan secara spontan. Kami diberi sehalai kertas dan sebatang marker pen dan kami perlu tulis satu perkataan yang terlintas difikiran kami. Kemudian peserta yang pertama menjadi mangsa ialah Asyikin. Permainan ini memerlukan pemikiran yang luas dan pantas. Peserta perlu berpidato tentang perkataan yang telah dipilih dengan pantas dan jelas selama 1 minit. Encik Izwan juga telah menjelaskan dosa-dosa besar sepanjang misi ini dijalankan. Terdapat 30 dosa-dosa besar yang telah dikemukakan oleh setiap ahli. Contohnya ketawa terbahak-bahak, tidak berdisiplin dan tidak bertanggunjawab apabila berkerja secara berkumpulan.Kemudian, kami telah didedahkan tentang cara membuat kertas kerja, cara mengutip dana dan tips untuk mengutip dana.
Setelah jam menunjukkan 7:00 malam, kami disajikan dengan nasi goreng dan cili potong kicap yang sungguh mengiurkan bagiku. Sekali lagi kami makan makanan di dalam talam. Ianya satu pengalaman yang amat menyeronokkan dan takkan ku lupa sampai bila-bila. Setelah itu kami teruskan program dengan lebih mendalam.
Jam 9:30 malam, kami perlu keluar dari perpustakaan Unisel kerana ia akan ditutup. Setelah itu, kami berkumpul di luar perpustakaan tersebut dan kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kami telah melakukan "post mortem" iaitu member rumusan, kesan & pesan kepada semua peserta.




Comments
Post a Comment