PUISI : JIWA ANAK MUDA

Ingatlah anak muda,
Dunia semakin mentua
Jasad semakin dimamah usia
Ramai manusia tamak haloba
Tidak semua bernasib sama
Ada yang senang ada yang susah
Ada yang perlukan bantuan kita
Ada yang lemah segalanya
Ada yang perlu bimbingan kita
Namun apakah jadi dengan mereka
Jika kita biarkan terkapai sahaja
Apakah nasib mereka diluar sana
Jika kita tidak memperdulikan mereka
Kalau bukan kita apalah nasib mereka

Ayuh anak muda,
Kita bangkit bersama
Membantu membela nasib mereka
Jangan biarkan sahaja
Kerana itu tanggungjawab kita juga
Sedarlah anak muda
Bukalah mata bukalah minda
Masih ramai yang memerlukan kita
Masih ramai yang mengharapkan kita
Kalau bukan kita yang mengubah dunia
Siapa lagi yang mengubahnya



IFA NAZRI
8 SEPTEMBER 2018
PUSAT SUKAN, BESTARI JAYA




Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH