BERMULALAH SEBUAH PENGEMBARAAN
TRAVELOG TURDA 6.0
HARI 1
3 SEPTEMBER 2018
Di pagi yang indah seindah sutera, setibanya kami di Unisel Bestari Jaya terdengar nya kami burung berkicauan . Kami diajar cara membuat catatan harian, travelog, catatan harian, artikel serta puisi. Kami diberi masa untuk membuahkan idea untuk merangka travelog , berita dan puisi. Kami juga diberi peluang untuk mendeklamasikan puisi dihadapan rakan-rakan di dalam kelas. Dengan ada nya aktiviti ini dapat melatih pelajar untuk membetulkan cara mendeklemasikan puisi dengan betul dan ia juga dapat memupuk sifat keberanian diri dalam kalangan peserta. Slot ini diajar oleh Cik Hidayah yang merupakan Tokoh Siswa Tahun pada tahun 2017. Seterusnya, hari kami diteruskan dengan permainan yang diberi nama "BOOM". Permainan ini bukan sekadar permainan biasa malah ia betujuan untuk melatih peserta menjadi lebih fokus dan peka ketika bermain. Permainan ini memerlukan peserta melakukan tiga gaya yang berbeza. Seterusnya kami telah diedarkan sekeping kertas dan kami diminta unutk menulis sepatah perkataan positif. Slot ini telah disampaikan Encik Izwan. Beliau meminta peserta berpidato secara spotan dengan mengunakan perkataan lain yang ditulis oleh rakan-rakan lain. Ini dapat melatih peserta menajamkan fikiran dan menggunakan teknik yang dipanggil "critical thinking". Tidak bekerjasama, menyusahkan orang lain dan tidak mendengar nasihat merupakan antara yang dilarang ketika melakukan sesuatu misi. Matahari pun muali terbenam, kami diarahkan untuk berkumpul untuk membuat bulatan dan memberi rumusan yang diperolehi serta memberikan kesan kepada diri dan pesanan ringkas dan padat. Kami beransur pulang ke kolej kediaman masing-masing dan berehat.

Comments
Post a Comment