BERITA HARI PERTAMA INDUKSI MISI SUKARELAAWAN ANTARABANGSA


BESTARI JAYA – ISNIN, 3 SEPTEMBER 2018 – Induksi Misi Sukarelawan Antarabangsa (IMISU) ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar daripada Unisel Shah Alam dan Unisel Bestari Jaya. Program ini telah diadakan di Perpustakaan Unisel Bestari Jaya. Seramai 5 orang fasilitator yang juga merupakan ketua misi turut membantu kami sepanjang program ini. Program ini bertujuan untuk melatih serta menyiapkan diri dan mental peserta yang akan mengikuti misi ke luar negeri atau luar negara. Induksi ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Kami menetap di kolej kediaman siswi dan siswa Bestari Jaya. Program ini bermula dengan sesi pencerahan oleh Encik Izwan tentang makna kehidupan (mind set), makna ilmu dan pelbagai lagi ilmu yang disampaikan bagi menguatkan mental para peserta bagi menjalankan misi dan diikuti dengan bengkel komunikasi. Bengkel ini mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan baik dan yakin serta mengajar kita untuk mencari keserasian bersama ahli misi lain.

Dilaporkan oleh:
NURUL SHAHIRA BINTI JAMALUDIN

Penulis adalah sukarelawan misi TURDA SABAH 6.0 2018 merupakan mahasiswa semester pertama Fakulti Perakaunan dan Perniagaan

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH