Berita Hari Kedua Program Induksi Sukarelawan Antarabangsa
BESTARI JAYA –
SELASA, 4 SEPTEMBER - Hari kedua
Program Induksi Sukarelawan Antarabangsa, pelbagai bengkel disediakan oleh fasi
untuk persediaan mental dan fizikal para peserta. Bengkel media diadakan
bertujuan bagi memberi peserta gambaran tentang bagaimana cara mengambil gambar
dengan baik, jelas dan formal. Selain bengkel, permainan juga diadakan bagi
menguji kepantasan dan kecekapan para peserta. Peserta misi menghasilkan pidato
berdasarkan ‘power word’ ahli peserta lain. Encik Izwan Suhadak mengajar
peserta misi tentang teknik suara yang sesuai digunakan semasa berpidato iaitu
suara perut. Encik Izwan Suhadak juga memberitahu peserta-peserta tentang
perkara yang dilarang semasa misi.
Dilaporkan oleh:
NURUL SHAHIRA BINTI JAMALUDIN
Penulis adalah
sukarelawan misi TURDA SABAH 6.0 2018 merupakan mahasiswa semester pertama
Fakulti Perakaunan dan Perniagaan

Comments
Post a Comment