Kuala Selangor, 22 September 2018 - Program Pembersihan Pantai Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Pelancongan Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Program ini merupakan anjuran melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor. Lebih kurang 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat hadir menjayakan program.
Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Puan Yeo Bee Yin. Harapan beliau agar semua masyarakat dapat memahami dan mempraktikkan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
Pihak Universiti Selangor (UNISEL) telah menghantar seramai 12 orang sukarelawan yang diketuai oleh Encik Izwan Suhadak bin Ishak. Turut hadir saudari Mimy dan Nazifah, sukarelawan Turda yang akan menjalankan misi pada 8-22 Februari 2019 di Sabah. Penglibatan seperti ini penting sebagai persediaan sebelum ke misi bagi meluaskan jaringan penaja berpotensi dan pengalaman menguruskan kegiatan kesukarelawan.
 |
| Foto 1.0 : Perasmian oleh Y.B Yeo Bee Yin |
 |
| Foto 1.1 : Sebelum melaksanakan tugas |
 |
| Foto 1.3 : Peserta bermain "bubble" |
 |
| Foto 1.2: Sukarelawan sedang mengutip sampah
|
|
|
 |
| Foto 1.5 : Menimbang sampah yang telah dikutip |
 |
| Foto1.4: Mengumpul sampah yang telah dikutip |
 |
| Foto 1.6 : Sampah dikumpul untuk pengasingan |
 |
| Foto 1.7 : Sesi perkenalan antara sukarelawan |
Dilaporkan Oleh : MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
22 September 2018 , Sabtu
22:22 p.m. , UNIVERSITI SELANGOR.
Comments
Post a Comment