AKU VS TIDUR


AKU VS TIDUR
Usai kami solat berjemaah kami meneruskan lagi slot kami yang seterusnya akan tetapi kami masih tidak tahu akan slot yang akan datang ini. Dengan langkah yang lemah aku meneruskan berjalan untuk masuk ke dalam kelas yang akan diakan slot tersebut , ketika dalam perjalanan dalam hatiku berkata-kata haihh bile nak abes ni malas siot guman hatiku lagi. Makanya aku berfikir aku mesti kuatkan mental dan fizikal ku sahaja.
Sesampai aku didalam kelas aku megambil tempat duduk untuk mendengarkan slot yang akan diadakan selepas aku mendapat tempat duduk baris kedua walaupun baris kedua aku masih sempat melelapkan mata selang beberapa minit aku tersedar kerana bunyi pintu terbuka, melihat seorang perempuan masuk kedalam kelas tersebut aku menjangkan bahawa kakak itu pasti yang yang berada dislot yang akan datang, sangkaan aku itu ternyata benar sejurus die memperkenalkan dirinya.
Kami memanggilnya kak hajar selepas tadi dia memperkenalkan dirinya. Selepas  pengalamnya yang pergi ke misi, tetapi mataku masih berat barangkali ngatntok sangat walaupun hatiku ingin sekali mendengarkan slot penggalaman kak hajar, makanya aku kuat semangat dengan pergi ke tandas untuk menghilangkan ngantokku sejurus itu mukaku terasa segar kerana percikkan cinta air paip tersebut.
Seterusnya, aku kembali masuk kelas untuk mendengarkan slot kak hajar dengan semangat yang membara-bara aku melangkah dengan yakin bahawa aku tidak akan mengantok pada slot kak hajar. Selang beberapa minit mata aku mulai menunjukkan tanda-tanda akan melelapkan, sekali lagi aku cuba untuk menahan rasa mengantok ini lagi, dalam hati bergumam lagi ahhh tidak boleh jadi ini aku mesti cari solusi supaya tidak tertidur lagi.
Akhir  sekali aku mendapat satu idea yang bernas  iaitu pergi ke tandas akan tetapi berbeza dengan sebelumnya, cara kali ini aku berlari anak di bawah kerana kelas slot itu diadakan diatas tingkat dua, aku berlari-lari anak untuk beberapa pusing selepas itu aku membasuh muka dan aku pulang semula untuk mendengar slot kak Hajar sesampainya aku disana slot sudah hamper habis dan aku agak kecewa pada ketika itu. Moral yang aku dapat ialah aku mesti lebih fokus lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH