AGAMA YANG TERDAPAT DI SABAH
KOTA KINABALU: Kewujudan rumah ibadat berbeza agama di lokasi berhampiran antara satu sama lain, memberi gambaran jelas betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Sabah. Bagi rakyat negeri ini, perbezaan agama bukan halangan untuk hidup harmoni seperti di Kampung Tinanduk, perkampungan terpencil di Pegalungan, Pensiangan, kedudukan gereja dan surau dalam halaman sama. Ketua Daerah Keningau, Mohd Amir Arif, berkata keadaan itu tidak menghairankan berikutan tahap toleransi agama dan persefahaman yang sangat tinggi masyarakat di Sabah, termasuk di kawasan pedalaman negeri ini. "Walaupun berbeza agama dan latar belakang kaum, ia tidak menjadi halangan kepada masyarakat untuk bersatu. Malah jangan hairan kalau terjumpa tanah perkuburan yang menempatkan kubur orang Islam dan Kristian dalam satu kawasan. "Bagi masyarakat di sini, ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mencampuri urusan keagamaan masing-masin...