BERITA : LATIHAN MISI PENDIDIKAN

ROHINGYA EDUCATION CENTER, 2 NOVEMBER 2018 - Beberapa pelajar Unisel Bestari Jaya iaitu seramai 9 orang telah bersama-sama melakukan program latihan pendidikan di sekolah yang terdiri daripada kalangan orang Rohingya di Gombak. Dimana pelajar Unisel tersebut majoritinya adalah merupakan pelajar yang belajar dalam bidang pendidikan dan mempunyai sedikit sebanyak mengenai kemahiran menjadi pendidik. Perjalanan pelajar Unisel daripada kolej ke tempat destinasi mengambil kira-kira dalam masa satu jam iaitu bertolak pada pukul 7:30 a.m dan tiba di Gombak pada pukul 8:30 a.m. Program pengajaran telah bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengahari dan perjalanan aktiviti program telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program ini bertujuan adalah untuk melatih pelajar Unisel untuk menjadi pendidik diluar sana dan mengasah bakat dalam mengajar kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang bukan bu...