PUISI : SUKARELAWAN
SUKARELAWAN Langkahmu yang kecil diiringi semangat juang yang tinggi, Menelusuri hingga ke seberang sana menghulur bantuan kepada yang memerlukan Istiqamah dan yakin menjadi pegangan hidup Terus melaksanakan misi tanpa mengira apa jua cabaran Kerna keyakinan yang utuh dengan ketentuan ilahi. Keikhlasan hati sifatmu yang terpuji mengerah tenaga tanpa mengharap balasan Kau lakukan kerana Sang Pencipta menjadi teladan buat masyarakat juga generasi hadapan. Salam hormat buatmu yang bergelar sukarelawan. NUKILAN ; SI KECIL 5 OKTOBER 2018 BESTARI JAYA .