Posts

Showing posts from January, 2020

AGAMA YANG TERDAPAT DI SABAH

KOTA KINABALU: Kewujudan rumah ibadat berbeza agama di lokasi berhampiran antara satu sama lain, memberi gambaran jelas betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Sabah. Bagi rakyat negeri ini, perbezaan agama bukan halangan untuk hidup harmoni seperti di Kampung Tinanduk, perkampungan terpencil di Pegalungan, Pensiangan, kedudukan gereja dan surau dalam halaman sama. Ketua Daerah Keningau, Mohd Amir Arif, berkata keadaan itu tidak menghairankan berikutan tahap toleransi agama dan persefahaman yang sangat tinggi masyarakat di Sabah, termasuk di kawasan pedalaman negeri ini. "Walaupun berbeza agama dan latar belakang kaum, ia tidak menjadi halangan kepada masyarakat untuk bersatu. Malah jangan hairan kalau terjumpa tanah perkuburan yang menempatkan kubur orang Islam dan Kristian dalam satu kawasan. "Bagi masyarakat di sini, ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mencampuri urusan keagamaan masing-masin...

Senarai Etnik Di Sabah

Senarai Etnik di Sabah Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti di negeri ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan kawasan menjangkau 72,000 kilometer persegi. Selain mempunyai 33 senarai etnik, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang diversiti, pengunaan bahasa kebangsaan ditutur secara meluas di negeri ini. Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga terkenal dengan Gunung Kinabalu yang mencecah ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Berikut merupakan senarai etnik di Sabah. Kadazandusun Rungus Bajau Melayu Brunei Murut Orang Sungei Iranun Bonggi Kwijau Paitan Lun Bawang Lundayeh Kedayan Suluk Iban  (Iban Merotai) Binadan Bisaya   [1] Kokos Rumanau Lotud Minokok Tidung Rungusĺ Kagayan Tatana [2] Tagaas U...